Thursday 16 June 2011

Tugasan Pertama - Equiment Communication

*Bridge
- Maksudnya - Jambatan atau (Bridge) merupakan penghubung kepada beberapa segmen rangkaian di lapisan kedua model OSI.Rupa bentuk bridge adalah seperti sebuah kotak kecil, dengan dua penyambung rangkaian yang disambung kepada dua rangkaian yang terpisah. Bridge digunakan untuk menghantar data di antara rangkaian yang menggunakan protokol yang sama. Bridge boleh digunakan untuk menapis peket, iaitu ia hanya akan menghantar trafik tertentu sahaja.

- Kegunaannya - Bridge menggunakan maklumat di kepala frame untuk memantau sumber dan destinasi alamat MAC pada setiap frame data. Di dalam LAN, frame adalah merupakan satu unit lapisan-MAC yang mengandungi maklumat kawalan dan data. Dengan memantau alamat sumber-sumber ini, bridge akan dapat mengecam semua lokasi sistem rangkaian. Bridge kemudiannya akan membina satu jadual yang menyenaraikan alamat MAC yang boleh dicapai oleh setiap port. Ia kemudian menggunakan maklumat tersebut untuk menyelaras aliran data dalam rangkaian


*router
- Maksudnya - Penghala (bahasa Inggeris: router) merupakan sejenis peralatan komputer yang berfungi untuk menghalakan paket-paket data dalam jaringan. Penghala biasanya menjalankan sistem pengendalian tersendiri. Penghala yang lebih mahal memiliki banyal pempropes dan ASIC dan berupaya untuk menjalankanpemprosesan selari. Walau bagaimanapun, dengan perisian yang sesuai (seperti SmoothWall, XORP atau Quagga), PC biasa juga boleh bertindak sebagai penghala.

- Kegunaannya - Penghala (Router) berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.

*Switch
- Maksudnya - Suis rangkaian ialah sejenis peranti yang menghubungkan beberapa segmen rangkaian komputer.

-Kegunaannya - Fungsinya hampir sama dengan hab tetapi ia lebih bijak dari segi penghantaran data ke stesen. Suis tidak menghantar data ke semua stesen, tetapi hanya menghantar data ke port atau stesen destinasi sahaja. Pada masa yang sama, lebih banyak stesen dapat menghantar dan menerima data serentak. Setiap port dalam suis juga boleh beroperasi dengan kelajuan berbeza.Kebanyakan suis beroperasi pada lapisan kedua model OSI, iaitu lapisan pautan data. Bagaimanapun, kini terdapat suis lapisan ketiga dan keempat, iaitu suis lapisan rangkaian dan suis lapisan pengangkutan.

*Hub
- Maksudnya - Hab atau (Hub) merupakan sebuah peranti yang terdapat dalam rangkaian komputer.Hab secara fizikalnya berbentuk seperti kotak dari berbagai saiz.

-Kegunaannya - Ia mempunyai beberapa bilangan penyambung female RJ45 yang dikenali sebagai port. Setiap penyambung ini direka bentuk supaya boleh memuatkan satu kabel pasangan terpiuh (twisted pair) melalui penyambung male RJ45.
Hab digunakan dalam rangkaian ethernet yang menggunakan kabel jenis UTP. Hab adalah titik penyambungan di antara stesen dengan stesen dan di antara stesen dengan pelayan.

*Modem
- Maksudnya - Modem merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang menukarkan isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya

- Kegunaannya - ia berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital. Modem ialah perkataan bahasa Inggeris yang merupakan singkatan bagi modulator-demolator, iaitu pemodulat dan penyahmodulat.
Isyarat digital ialah isyarat yang mengandungi siri suis elektronik yang diwakili oleh ciri hidup dan mati, ciri hidupnya diwakili oleh angka 1, manakala ciri matinya pula diwakili oleh 0. Dengan penggunaan ciri ini serta kombinasi angkanyalah maka komputer mampu menghasilkan data berbentuk teks, grafik dan sebagainya.
Berlainan pula dengan isyarat berbentuk analog, ia adalah isyarat berbentuk gelombang bunyi melalui talian elektrik dan data serta maklumat dihasilkan berasaskan kekuatan gelombang serta tahap frekuensinya. Ringkasnya, modem berfungsi mengubahkan isyarat berbentuk 1 dan 0 tadi kepada isyarat berbentuk gelombang serta frekuensi begitu jugalah sebaliknya.

No comments:

Post a Comment